Wednesday, March 11, 2009

UPM rangkul 3 anugerah utama MTE

Salam...this is a news taken from Utusan Malaysia (7th of March 2009)...The innovation in my master's project (Fruits Grater and Peeler) has been awarded The Very Best Award...Praise be to Allah...:-)...

SERDANG 6 Mac – Universiti Putra Malaysia (UPM) merangkul tiga daripada empat anugerah utama pada Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2009 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.

Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah berkata, anugerah tersebut adalah Best of The Best Award, The Very Best Award dan Women Innovator of The Year.

Menurutnya, pameran tiga hari bermula 19 hingga 21 Februari lalu turut menganugerahkan UPM dengan enam pingat emas, sembilan perak dan 15 gangsa.

‘‘Ketiga-tiga anugerah tersebut semuanya dimonopoli oleh penyelidik wanita dari UPM.

‘‘Untuk Best of The Best Award diterima oleh Prof. Madya Dr. Sabira Khatun dari Fakulti Kejuruteraan UPM melalui reka cipta alatan yang digunakan sebagai infrastruktur rangkaian tanpa wayar yang lebih selamat,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya,
Dr. Siti Mazlina Mustapa Kamal dari fakulti yang sama telah memperoleh anugerah The Very Best Award dengan hasil ciptaannya iaitu
pemarut dan pengupas buah-buahan serta sayur-sayuran.

Tambahnya, anugerah Women Innovator of The Year diperoleh Prof. Madya Dr. Paridah Md. Tahir dari Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan UPM melalui penciptaan mesin pemampat beroda yang dihasilkan daripada batang kelapa sawit.

Katanya, kejayaan mereka merangkul ketiga-tiga hadiah utama tersebut menunjukkan para penyelidik wanita UPM telah menunjukkan prestasi yang membanggakan.

‘‘Wanita sangat tekun bila melakukan penyelidikan. Kejayaan ini juga menunjukkan peranan mereka dalam bidang penyelidikan semakin menonjol,’’ katanya.

Nik Mustapha berkata, pada penganjuran kali ini Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi selaku pengajur telah mempertandingkan empat anugerah utama selain pingat emas, perak dan gangsa.

Sebanyak 460 projek penyelidikan dipertandingkan dan UPM menghantar 31 projek penyelidikan berasaskan pertanian, sains kesihatan, bioteknologi, kejuruteraan komputer, senibina dan pendidikan.

‘‘Pameran ini disertai 55 organisasi yang sebahagian besarnya merupakan institusi pengajian tinggi awam dan swasta, institut penyelidikan dan sekolah-sekolah sains seluruh negara,’’ katanya
.
With Dato' VC
Above is the picture published in the newspaper...can't see my face from this angle...but I've circled my tudung with white...I wore purple tudung on that day...Tak nmpk muke pun xpe la...janji nmpk tudung...:p...hehe...Yang berdiri kat depan ni semuanye penyelidik wanita...The Power of Women..:-)...
The same news has also been reported in Buletin 1.30 on 8th of March...Although the press only highlighted my supervisor as the inventor, but I don't mind...I'm still happy since this project has gone this far...2 years ago, I've cracked my head until midnight to finish up the design ideas...Alhamdulillah,today the machine has been successfully developed and won 3 awards...

My main objective now is to complete my Masters studies...May Allah bless me...Aminn...:-)...

No comments: